Sunday, May 31, 2009

World without microchip

think about it

ibu........Ibu (Renungkan wahai insan bergelar Anak)



Orang kata aku lahir dari perut mak.. (bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak

Bila lapar, yang suapkan aku.... mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak

Bila bangun tidur, aku cari.... mak

Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak

Bila nak bermanja, aku dekati.... mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak

Bila nakal, yang memarahi aku.... mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak

Bila takut, yang tenangkan aku.... mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak

Aku selalu teringatkan .... mak

Bila sedih, aku mesti talipon.... mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak

Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak

Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "

Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak

Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak

Yang selalu berleter kat aku... mak

Yang selalu puji aku.... mak

Yang selalu nasihat aku.... mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak



Aku ada pasangan hidup sendiri....



Bila seronok, aku cari....pasanganku

Bila sedih, aku cari.... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku

Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat.... emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak



Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..... ..... MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT.... Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4..00

3) Tolong buang sampah : RM1.00

4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00

6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.


1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Saturday, May 30, 2009

Ada apa Dengan Serikin




perkhidmatan kapal pun ada kat sini.






kat sini ada macam2 tau,daripada tikar sarawak, kain batik,kain pelikat, t-shirt hingga kain untuk baju pengantin pun ada.Kalau nak berminat,boleh order gak.



Tersebut la al-kisah tempat bernama Serikin. tempat boleh buat poket kite sakit. bile berada kat sana, mata kite jadi tak berkelip tak kire kaum adam atau hawa. kalau kite daripada Kuching nak pi Serikin, amik masa dalam 1 jam untuk sampai tapi sebelum tu kite mesti menyediakan uang dan ruang yang mencukupi.

Welcome to Sri Aman


Burung merpati simbol keamanan bagi bandar Sri Aman.

Batang Ai & me

1st time aku kuar daripada ruang lingkup kuching semenjak mula bekerja kat kuching. aku membawa student2 aku yang sempoi untuk melihat sendiri bagaimana penghasilan penjanaan elektrik di stesen janakuasa Sesco. Sebenarnya aku sendiri pun tak penah melihatnya sebelum ini. ni kire nye aku 1st time gak tengok bagaimana ia operate depan mata aku. selain pi Batang Ai Sesco, kami sempat singgah di tempat ya
ng aman je yang dipanggil Sri Aman dan tempat yang menakutkan yang dipanggil Lubuk Antu.
gambar student Jkpk, POLIKU



kat lubuk Antu,

cube teka ape kah benda kat belakang aku?............jawapan nye, korang kena datang sini la.



gambar beramai2 dengan orang SESco kat tempat takungan air





gambar Stesen Janakuasa Batang Ai di'snap' dari tempat yang amat tinggi. kat mana snap gambar? Mike pikir la sendiri. (sebut dalam loghat Bota tak kire kanan @ kiri)Hehehe